Maxtrigger Technologies (Dahulunya Prisma Total Sdn Bhd) milik 100% bumiputra mengambil masa
5 tahun R&D untuk menghasilkan alat penggera keselamatan tanpa wayar MAXTRIGGERTM dan melepasi ujian SIRIM (No. repot : 2008EL0223.)
Setelah dibuat kajian terhadap 100 buah taman perumahan (Setiap taman mempunyai 300 unit rumah kos
sederhana dan rendah), kami dapati hampir kesemuanya tidak mempunyai alat penggera keselamatan.
Maka itu, usaha dibuat untuk menghasilkan MAXTRIGGERTM dengan harga mampu milik untuk golongan
ini. Kami menawarkan produk alat penggera keselamatan yang mudah guna tetapi praktikal sesuai untuk rumah flat, kondo, rumah teres satu tingkat dan dua tingkat.
MAXTRIGGERTM menggunakan sistem sensor magnet, anda bebas berkeliaran di dalam rumah walaupun pada tengah malam. Siren hanya akan aktif apabila pencuri cuba membuka pintu / tingkap rumah anda.
Kami tidak galak menggunakan sistem sensor cahaya merah atau sensor gegaran kerana sensor-sensor jenis ini terlalu sensitif, tidak sesuai untuk kegunaan rumah kediaman dimana terdapat penghuni dan pergerakkan di dalamnya.
|